,

CFM Forum 2017: The Evolution of the Digital Consumer

Pada 24 Mei 2017 (Rabu), seramai 20 orang pelajar dan kakitangan KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menyertai CFM Forum 2017: The Evolution of the Digital Consumer anjuran the Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) bertempat di Auditorium, Bangunan Lama, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.

Forum ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tujuan utama forum ini untuk berkongsi maklumat dengan pengguna mengenai isu semasa dalam industri telekomunikasi. Ia merupakan platform untuk membincangkan kemajuan perkhidmatan digital, kesan-kesan daripada kemajuan digital pada masa hadapan dan memberi peluang kepada peserta forum mendapatkan input berguna daripada panel-panel yang hadir.

Antara panel-panel yang hadir ialah Afzal Abdul Rahim, Ketua Pagawai Eksekutif TIME dotCom; Bukhari Yahya, Ketua Jabatan Perancangan dan Pengurusan Jalur Lebar SKMM; Azran Osman Rani, Ketua Pegawai Eksekutif iflix Malaysia; Azlina Mohd Yusof, Ketua Jabatan Penciptaan Digital dan Platform Pengedaran SKMM; Prashant Pathmanaban, Ketua Produk Digital dan Servis Digi dan Azrul Farique Mustafa, Ketua E-Channels, Kumpulan RHB.