Kembara Ziarah Raya 2017

Pada 21 hingga 23 Julai 2017 (Jumaat – Ahad), KPJ Healthcare University College (KPJUC) dengan kerjasama Kengkawan Project dan Astro Oasis telah menganjurkan Program Kembara Ziarah Raya di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Sg Siput (U), Perak.

Program Kembara Ziarah Raya ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti Hadith Open Mic, CAK Raya, Free Market, Sukaneka Kanak-kanak, Kem Solat dan pelbagai lagi. Objektif utama program ini adalah meraikan penduduk setempat sempena Syawal 1438H. Program ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan hadis kepada penduduk muslim di sana serta meraikan kesemua penduduk dengan aktiviti yang bermanfaat buat mereka.

KPJUC menyediakan pemeriksaan kesihatan dan fisioterapi pecuma kepada semua penduduk di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu.