Kunjungan daripada Universitas Ubudiyah Indonesia

Pada 24 Mei 2017 (Rabu), KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menerima kunjungan daripada Universitas Ubudiyah Indonesia. Deligasi daripada Universitas Ubudiyah Indonesia diketuai oleh Prof Adjunct Marniati. Kunjungan itu juga disertai oleh Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Tujuan utama lawatan ini ialah bagi membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan penjagaan kesihatan terutamanya bidang perbidanan dan farmasi. KPJUC pula diwakili oleh Zaila Idurs, Pengurus Besar; Helmi Daud, Pendaftar; Prof Madya Dr Hamidah Hassan, Dekan School of Nursing dan juga Zabidi Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, KPJ Johor Specialist Hospital.