2K18 RESOLUTION:JIHAD IN EDUCATION

Pada 18 Januari 2018 (Khamis), pelajar-pelajar Bachelor of Science in Nursing (Hons) KPJ Healthcare University College telah menganjurkan program 2K18 Resolution: Jihad in Education bertempat di Auditorium 1, KPJUC. Caprice atau Ariz Ramli yang dijemput sebagai selebriti jemputan telah berkongsi ilmu mengenai konsep Jihad in Education yang merupakan inisiatif beliau untuk mendekati golongan remaja.

 

Objektif utama program ini adalah sebagai platform kepada generasi muda untuk menyuarakan dan berkongsi pandangan mereka secara santai dan terbuka.Sejajar dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang diterapkan di KPJUC, inisiatif Caprice dilihat telah berjaya menyemarakan konsep Jihad sebagai cara hidup di kalangan pelajar KPJUC.