SEMINAR PATHWAY TO EDUCATION AND CAREER EXCELLENCE(PEACE) 2018

Seminar “Pathway to Education and Career Excellence (PEACE)” 2018

Pada 20 Januari 2018 (Sabtu), School of Business and Management, KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menganjurkan seminar bertajuk “Pathway to Education and Career Excellence (PEACE)” bertempat di Pharmaserv Alliance, Shah Alam. Program yang disertai oleh 25 keluarga ini bertujuan untuk mengenalpasti cara terbaik bagi menentukan halatuju pelajar lepasan SPM, Pra-Universiti (STPM/Martikulasi/A-Level), lepasan Diploma dan ibu bapa pelajar mengikut keperluan, kesesuaian, minat dan keupayaan diri sendiri.

Program PEACE ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa dan anak-anak mengenai pilihan pengajian dan kerjaya berdasarkan personaliti anak-anak. Peranan ibu-bapa juga adalah penting untuk mengenalpasti hala tuju anak-anak selepas alam persekolahan.