HIKING AT BUKIT MELATI, NILAI, NEGERI SEMBILAN

 

HIKING AT BUKIT MELATI, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Pada 24 Mac 2018 (Sabtu), Talent Management KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menganjurkan aktiviti mendaki Bukit Melati bertempat di Nilai, Negeri Sembilan. Aktiviti yang bermula pada jam 8.00 pagi ini disertai oleh 30 kakitangan akademik dan pentadbiran KPJUC. Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat keharmonian dan perpaduan dalam kalangan warga KPJUC serta memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Para peserta berjaya menghabiskan pendakian pada jam 10.00 pagi. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat mengeratkan juga hubungan kekeluargaan antara warga KPJUC.