PEDOMAN KPJUC 2018

PEDOMAN KPJUC 2018

Pada 9 Mac 2018 (Jumaat), KPJ Healthcare University College (KPJUC) bersama-sama KPJ International College, JB (KPJIC JB), KPJ International College, Penang (KPJIC,Penang) dan Malaysian College of Hospitality & Management (MCHM) telah menganjurkan Majlis PEDOMAN 2018 dengan bertemakan ‘Leading Through Innovation & Technology’ bertempat di Auditorium 1, KPJUC, Nilai. YBhg Datin S. Fauziah Jamaluddin selaku Pengarah Eksekutif KPJUC dan MCHM telah menjadi tetamu kehormat di majlis PEDOMAN 2018 tersebut.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menyampaikan amanat pihak pengurusan KPJ Healthcare Berhad dan KPJUC kepada anggota pekerja dan juga menganugerahkan beberapa anugerah kepada pekerja cemerlang, pekerja setia dan pencapaian cemerlang syarikat untuk tahun 2017.

Selain itu, KPJUC telah berpeluang melancarkan KPJ Medical Online Journal dan KPJUC Advanced Cardiovascular Life Support (ACLS) lab. Bagi pihak MCHM pula, ia telah berpeluang melancarkan penjenamaan semula daripada KFC College ke Malaysian College of Hospitality and Management.

Bertemakan ‘Leading Through Innovation & Technology’, Pedoman 2018 menyaksikan buat julung kalinya sesi secara langsung teleconferencing di antara 4 kampus KPJUC Nilai, KPJIC JB, KPJIC Penang dan MCHM. Semasa sesi tersebut berlangsung, semua anggota pekerja juga berpeluang mengajukan soalan kepada pihak pengurusan secara atas talian menggunakan aplikasi Slido.