JOM SIHAT & CERIA

JOM SIHAT & CERIA

Pada 7 April 2018 (Sabtu), pelajar Diploma in Pharmacy Cohort 5, KPJ College Penang telah menganjurkan Jom Sihat & Ceria bertempat di Tg. Dawai, Sungai Petani, Kedah. Program Khidmat Masyarakat ini bertujuan untuk membentuk kemahiran insaniah bagi melahirkan pelajar yang kompeten serta peka dengan pelbagai isu semasa dan global.

      Program ini di sertai oleh 30 pelajar dan 4 kakitangan KPJ College Penang, 15 kakitangan KPJ Penang Specialist Hospital, 20 kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani dan 5 kakitangan Environment Idaman. Aktiviti dimulakan dengan senaman Zumba oleh pelajar-pelajar dan diikuti dengan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar pantai dan arked MPSPK. Selain itu, aktiviti pemeriksaan kesihatan juga disediakan kepada pengunjung, peniaga dan penduduk tempatan.

    Aktiviti lain adalah cabutan bertuah kepada peserta yang menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuiz kepada pengunjung. Hadiah berbentuk hamper turut disumbangkan oleh pihak MPSPK.