HEP-IPTD DEBATE TOURNAMENT 2018

HEP-IPTD DEBATE TOURNAMENT 2018

 

Pada 11 – 13 Mei 2018 (Jumaat – Ahad), KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menghantar lapan orang pelajar untuk menyertai HEP-IPTD Debate Tournament 2018 bertempat di International Medical University (IMU). Fatimah Zaharah Bt Ahmad Azizi, Elfineigo Donnyoll Daniel, Denishwaran A/L Ramachandran dan Lashinna A/P Sukumar masing –masing dari Ijazah Sarjana Muda Farmasi Cohort 3 dan Ee Kok Mun, Kalaimaahran A/L Kaliapan, Jevithadevi Rajah Dendram serta Maria Kong masing-masing dari Ijazah Sarjana Muda Sains Farmaseutikal dan Sains Kesihatan, Cohort 7 telah mewakili KPJUC pada kejohanan debat ini. Kejohanan debat ini disertai oleh lebih 40 penyertaan daripada 20 institusi pengajian swasta seluruh negara. Wakil-wakil daripada KPJUC berjaya memenangi pusingan ke-3 dan ke-4 namun gagal untuk mara ke peringkat seterusnya.