KPJ COLLEGE PENANG RAI PELAJAR MAAHAD ADDAKWAH AL-ISLAMIAH

KPJ COLLEGE PENANG RAI PELAJAR MAAHAD ADDAKWAH AL-ISLAMIAH

Pada 25 Mei 2018 (Jumaat), pelajar Diploma Farmasi Kohort 6, telah menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan pelajar-pelajar Maahad Addakwah Al-Islamiah bertempat di KPJ College Penang. Antara aktiviti yang berlangsung pada majlis ini ialah gotong-royong memasak bubur lambuk, solat terawih yang diketuai oleh pengetua Maahad Addakwah; Ustaz Hj Subri Hj Arshad dan sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Pn Wan Rusliah Hj Md Daud, Pengurus Besar, KPJ College Penang. Selain itu, Kilang Beras Jerai Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan 200 kg beras untuk majlis ini dan turut diagihkan kepada Maahad Tahfiz Kg. Pelet, Penanti dan Rumah Kebajikan Permata Kasih, Permatang Pauh.