KPJUC MERIAHKAN FIT MALAYSIA

KPJUC MERIAHKAN FIT MALAYSIA
Pada 6 Mei 2018 (Ahad), seramai 22 pelajar KPJ Healthcare University College (KPJUC) telah menyertai FIT Malaysia bertempat di Padang Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk dan mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Turut hadir memeriahkan program ini adalah YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan pengasas FIT Malaysia dan Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, 5KM Fun Run dan 10 KM Men & Women (Open).