KPJUC ANJUR PROGRAM BUBUR LAMBUK & MAJLIS BERBUKA PUASA

KPJUC ANJUR PROGRAM BUBUR LAMBUK & MAJLIS BERBUKA PUASA
KPJ Healthcare University College (KPJUC) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Sayydina Abu Bakar, Kg Jijan, Labu dan Malaysian College of Hospitality and Management (MCHM) telah menganjurkan program bubur lambuk sempena bulan ramadhan ini untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kg Jijan dan pelajar-pelajar serta kakitangan KPJUC dan MCHM.
Tujuan program ini adalah sebagai salah satu sumbangan khidmat masyarakat daripada KPJUC kepada orang ramai dan juga berkongsi kegembiraan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Program bubur lambuk ini turut disertai oleh Prof Dato’ Dr Lokman Saim, Naib Canselor KPJUC; Mohd Helmi Daud, Pengurus Besar KPJUC dan En Shukor Jemaun, Ketua Kampung Kg Jijan.
Pada sebelah malam pula, diadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh 200 kakitangan KPJUC, MCHM dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPJUC. Sebelum itu, satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Khidir Bin Ngah, Imam Masjid Zaid Bin Tsabit, Bandar Tun Razak. Turut hadir ialah YBhg. Datin S. Fauziah Jamaluddin, Pengarah Eksekutif KPJUC. Majlis diakhiri dengan solat Isya dan terawih berjemaah.