KPJIC PENANG JUARA KEJOHANAN FUTSAL PIALA YDP SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI

//KPJIC PENANG JUARA KEJOHANAN FUTSAL PIALA YDP SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI

Pada 4 Ogos 2018 (Sabtu), KPJ College Penang telah menyertai kejohanan Futsal MySilat Piala YDP Silat Cekak Pusaka Hanafi Pulau Pinang bertempat di D’Futsal Arowana, Permatang Pauh, Bukit Mertajam. Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi cawangan Pulau Pinang ini disertai oleh 8 pasukan dari sekitar Pulau Pinang. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara para peserta dan menerapkan amalan gaya hidup yang sihat, cergas dan seimbang. Selain itu, kejohanan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan KPJ College Penang dengan masyarakat luar melalui acara sampingan dan gerai pameran yang dianjurkan oleh pihak urusetia majlis. Kejohanan ini juga turut dihadiri oleh En Hermy Izwan Saidin, pembantu peribadi dan wakil kepada YB Dr Afif Bahardin, ADUN Seberang Jaya serta EXCO Kesihatan, Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Recent Posts

Categories

Recent Tweets

2019-02-11T01:28:42+00:00

SCHOOL

Contact Info

Lot PT 17010 Persiaran Seriemas, Kota Seriemas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Phone: 1 300 88 5758

Fax: 06 7942662

Web: KPJ Healthcare University College