PERNYATAAN RASMI KPJUC DI PASIR GUDANG

Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) berkongsi keprihatinan orang ramai di Pasir Gudang, Johor mengenai peningkatan tahap pencemaran kimia dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat khususnya kanak-kanak.

Dengan notis penutupan dari Kementerian Pelajaran ke semua sekolah di kawasan yang terjejas, Pengurusan KPJUC & KPJIC Cawangan Johor Bahru telah memutuskan untuk melepaskan pelajar-pelajar di asrama Pasir Gudang berkuatkuasa serta-merta. Semua aktiviti akademik digantung sehingga 28 Jun 2019