Pengenalan

Member Bring Member(MBM) ialah program yang memberikan peluang kepada semua staf KPJ Healthcare Berhad, Alumni KPJ Healthcare University College(KPJUC) & KPJ International College (KPJIC) dan pelajar-pelajar KPJUC & KPJIC menerima insentif kewangan setelah memperkenalkan KPJUC dan KPJIC kepada rakan-rakan atau saudara mara mereka. Sebaik sahaja pelajar baharu tersebut mendaftar, semua pencadang akan di bayar insentif untuk setiap orang pelajar seperti berikut;

  • Staf : RM250.00
  • Alumni : RM500.00
  • Pelajar : RM500.00

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Department of PR & Marketing, KPJUC, Nilai, Negeri Sembilan.

Proses Penerimaan Insentif

Berikut ialah proses-prosesnya.

  • Pencadang boleh mencadangkan seorang atau lebih bakal pelajar baharu. Gunakan “link” di bawah semasa membuat setiap cadangan pelajar baharu. Satu penyerahan borang untuk seorang pelajar baharu. Penyerahan kedua untuk pelajar kedua, dan seterusnya.

           www.bit.ly/mbmv4

  • Department of Marketing dan Department of Admission KPJUC / KPJIC akan memproses maklumat yang diberikan dan Surat Tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar yang layak dan sesuai dengan program akademik pilihan mereka.
  • Kemudian, sebaik sahaja pelajar baharu tersebut mendaftar di kampus pilihan mereka, Pencadang akan mendapat insentif mereka dengan segera. Selesai.

Syarat-Syarat Untuk Mendapat Insentif

Berikut adalah syarat-syaratnya;

  • Menggunakan borang INI sepenuhnya bermula 1 Januari 2021. Borang lain tidak diterima lagi untuk tujuan penyelarasan antara permohonan secara online oleh pelajar baharu dan juga agen-agen yang di lantik. Sebarang penggunaan borang manual sedia ada tidak akan digunakan lagi bermula Januari 2021.
  • Mengisi dengan lengkap maklumat pencadang dan bakal pelajar yang dicadangkan dalam borang online tersebut.
  • Pelajar tersebut lulus pinjaman PTPTN / pinjaman lain atau setelah pembayaran semester pertama dijelaskan (untuk pelajar-pelajar yang tidak menggunakan sistem pinjaman pelajaran).

Maklumat Pertanyaan

En. Sharifuzan Anuar : E-mail to [email protected] (06-794 2692)

Nota tambahan :

Masuk ke “ Group WhatsApp Member Bring Member” untuk mengetahui tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar, promosi terkini, biasiswa, maklumat pemasaran/”marketing”, teknik menambah bilangan pelajar baharu dan lain-lain. Klik Whatsapp untuk masuk ke dalam group.